Selasa, 22 Maret 2016

Petua untuk Awet Muda Cara Islam

Hai! Assalamualaikum *muah kiri muah kanan*

Memandangkan aku ni memang suka sangat ikut petua so aku rasa macam nak share dengan semua orang. Petua ni petua islam so takpayah nak ragu ragu sangatlah kan. Of course lah aku percaya 100% dah name pun petua islam kan unless kalau ada orang lain yang memandai mandai buat petua sendiri kan. Ceh kurang ajar betul sape yang yang buat macam tu.

K takyah sembang banyak, aku pun nak simpan air liur bajet untuk puasa esok. Jommmmmm kita baca.

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Dekat atas ni aku copy paste je. Aku dapat dari fan page Bercinta Selepas Nikah. Sebelum ni memang aku ada amalkan certain petua yang ada dekat atas ni iaitu petua 7 dan 9 memang aku suka sangat buat sebab senang. Jiran jiran pun pelik sebab aku suka keluar rumah pepagi buta dengan muka lemau pastu main main daun lak macam tengah buang tebiat pulak kan. Seram je tengok. keh keh keh apa aku kisah. Mak aku lek je. Orang lain ingat aku gila agaknya. Ah lantaklah.

Keberkesanan petua ni? Eh mestilah ada. Petua islam mestilah semuanya terbaik dan 100% efektif. Ko pakai skII pun belum tentu boleh lawan. Eceh. Aku kadang kadang memang tak rajin nak buat tapi kalau ingat aku buatlah. Tahu2 jelah kan aku ni macamana, pelupa nya lebih teruk dari nenek nenek.

Amalkanlah ye, niat kena betul. Kalau Allah tak izin, buat apa pun takkan jadi. So niat dengan hati yang tulus ikhlas k. Babai.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar